Assalamualaikum Dan Selamat Datang
Kepayang Chalet And Camp Site terletak di tengah-tengah Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Hanya lebih kurang 30 minit dari tol Gombak. Terletak di dalam kebun buah-buahan.
Mempunyai 2 unit chalet iaitu Kepayang 1 dan Kepayang 2
Chalet mempunyai kemudahan seperti bilik air, katil queen size, electric kettle, piring, cawan, sudu, mangkuk, meja dan kerusi, kipas angin, tuala mandi, sabun mandi dan TV Astro Njoi.
Camp Site pula boleh menampung seramai lebih kurang 60 orang. Mempunyai bilik air untuk lelaki dan perempuan, dewan makan dan dewan serbaguna. Khemah ,jurulatih dan makanan disediakan atas permintaan.
Di pintu masuk camp site, tersedia Cafe Bamboo Kak Ayu, yang beroperasi dari pukul 10.00am hingga 7pm.
Menjual Bakso (setiap hari), Nasi Lemak (hari Jumaat sahaja), Mee Kari (hari Sabtu sahaja). Dan juga juadah sampingan seperti keropok lekor, wedges, fries, hotdog, roti bakar, roti telor, ice cream, minuman panas, sejuk dan lain-lain..